05 December 2010

LATAR BELAKANG KAMI



Assalamualaikum w.b.t
NAKAL INC marupakan kelab komunity dimilik oleh 100% remaja bumiputera. NAKAL INC menjalankan aktivitinya disebuah daerah Johor bahru, Johor.

Kelab Komuniti ini telah ditubuhkan pada 7 julai 2007. Kelab Komuniti ini asalnya ditubuhkan oleh seseorang dan ia ditubuhkan atas tujuan untuk mengeratkan silatulrahim di antara sesama muslim...

NAKAL INC juga merupakan sebuah Kelab komuniti yang menjalankan beberapa jenis aktiviti seperti Beriadah, bersukan, gotong royong, aktiviti prihatin dan lain-lain. Walaubagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini Kelab komuniti ini telah aktif dalam perniagaan jenis percetakan dan diberi nama NAKAL ART TRADING. Kelab Komuniti ini telah memulakan perniagaan percetakanya 1 tahun yang lalu dan sehingga kini ia menampakkan peningkatan yang memberangsangkan. Dana atau modal yang lebih besar diperlukan untuk memajukan lagi syarikat ini sehingga boleh setanding dengan syarikat-syarikat lain.

Keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini merupakan tindakan yang bijak kerana peluang untuk maju dalam bidang ini amat luas. NAKAL ART TRADING juga merupakan salah satu syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu mengorak langkah untuk lebih maju.

Sekian, Terima kasih...